Wednesday, August 17, 2011

7 Alasan Bijak Mengelak Berpuasa

Mengelak berpuasa atau ponteng puasa adalah perbuatan tidak menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan sengaja tanpa menggantikannya semula. Perbuatan terkutuk ini biasanya dilakukan oleh manusia terkutuk. Mari saksikan apa alasan mereka yang sengaja tak mahu berpuasa: 


 1. "Mak, Farid uzur lah mak. Tak tipu. Keluar darah tadi. Hidung keluar darah time tengok Oprah Winfree seksi kat tb tadi mak.". 


 2. "Ikmal, kau tahu aku selama ni memang tak pernah puasa. Sebab aku insan istimewa. Tengok nama aku pun dah tahu dah aku memang ada kelonggaran untuk berpuasa. Mustapa Yah bin Pose." 


 3. "Kucing Petville game Facebook saya mati malam tadi, wak. Saya asyik nangis je. Banyak bazir air dah. Nanti saya mesti haus. So, saya tak boleh puasa. Kang mati kehausan pulak saya ni." 


 4. "Titew lupew nark sahow larh tadiew pagiw. Itew takpew lagiw, semalawm pown titew lupew nark berbooker, yang. Lapawr nieh, shewram nieh~" 


 5. "Ala abah ni. Sam tak nak puasa bukan apa. Cuma nak kekalkan kecergasan je. Malam ni nak terawih straight 20 rakaat. Bangga tak Sam ni anak abah?" 


 6. "Boss, saya tak puasa hari ni. So, saya tak nak balik pukul 5, saya nak balik macam biasa, pukul 6. Kira overtime lah. Saya tak puasa semata-mata nak overtime boss!" 


 7. "Ish apa abang ni! Saya tak puasa pun semata-mata sebab abang tau? Kang saya buat air Ribena susu untuk berbuka, macam mana nak rasa? Abang bukan tak tahu saya ni kalau merasa tak boleh main calit-calit kat lidah je. At least kena teguk 2 gelas." 




Bijak kan alasan-alasan di atas? Try lah, sure kena pijak. 

 Berdosa ponteng puasa, 
 Jangan ponteng puasa, 
 Dah sampai bulan puasa, 
 Mari kita berpuasa

No comments:

Post a Comment