Monday, May 28, 2012

Gaduh di twitter dah jadi trend

walaweh!! .. lagi 62 hari nak balik malaysia.
tak nampak dah exam final. hoho. selingan je.



maybe aku jarang bergaul dengan perempuan yang terkenal dengan sifat sensitifnye tu or maybe kawan2 aku jarang nak terasa dengan kawan2 sendiri. tatau lah. nak dijadikan cerita, boleh pulak kawan2 aku ni gaduh2 dalam twitter. berpunca dari satu statement general and sorang lagi tetibe terasa. pastu ngadu ngan kawan2 lain, pastu sekali ngan kawan2 lain lak gado.

aku ini orang tengah yang jadi mangsa. aku yang pilih tak nak sebelah sapa2. btw, aku tau dorang ni gadoh tak lama punye lah. sebab komuniti kitorang tak besar pon. lagipon dorang kenal lagi lama dari dorang kenal aku. hoho.

pape pon. perbuatan ini sangat tak matang la kawan2. kite kene bertolak ansur dan jangan cepat sangat terasa. kalo nak terasa gak, ha, terasa lah. tapi luah la kat seorang yang kita sangat2 percaya. tak perlu la nak cerita satu dunia kot. yang si pendengar tu pon, patotnya bagi nasihat yang positif, bukan galakkan lagi dan menghentam pihak lawan.

kite hidup dalam komuniti kecik, jadi silaturrahim sangat2 penting. setakat mende kecik, jangan amik endah sangat la eh. dan sebagai komuniti yg kecik ni jugak, kalau nak post pape, berjaga2, sila bertapis banyak2 ok. bcoz things people tweet say a lot bout their character.

setakat mende tu korang nak jadikan masalah, banyak lagi la masalah besar dan wajib belom kite setel lagi, tak payah nak tambah probs lagi. kalau dah takde sangat masalah tu, apa kata korang pergi menambah iman korang tu, sebab iman kurang tu masalah yang lagi besar tau!

if you dont take it as your problem, it wouldn't be a problem, ok dear!

* i'm not a perfect and a good girl at all, but if i'm not changing toward better one, i hope my word at least could change the others. 

No comments:

Post a Comment